Plot Guardian Tales

Guardian Knight (pemain boleh menamakan wataknya) ialah seorang perwira/wirawti di Kanterbury yang baru sahaja menyertai pasukan Guardian Kerajaan Kanterbury. Guardian yang baru sahaja selesai latihan bersama anggota lain dimaklumkan bahawa mereka telah diserang. Dipimpin oleh Captain Eva, Guardian Knight dan lain-lain bergegas ke pintu hadapan istana dalam pertahanan menetang serangan makhluk "Invader". Namun ketika mereka menangkis serangan Invader, sebuah berbola api gergasi jatuh mengenai mereka menyebabkan Guardian Knight terpelanting jatuh namun diselamatkan oleh seseorang yang tidak dikenali. Dengan pintu hadapan istana dipecahkan, segerombolan makhluk jahat Invader datang dan menyerang ibu kota Kerajaan berkenaan. Guardian Knight berjaya melawan barisan serangan Invader, menyelamatkan rakannya Bob dan Linda serta bertemu semula dengan Captain Eva. Mereka berdua kemudian bergegas ke Istana Utama namun dihalangi oleh gergasi besar "Minotaur". Knight dan Eva berjaya mengalahkannya dan kembali ke dalam Istana untuk bertemu dengan Little Princess dan Cammie. Dengan Cammie selesai memindahkan rakyat ke tempat selamat menggunakan kuasanya. Mereka berempat mula berangkat untuk keluar tapi diserang oleh "Dark Magician" yang mengetuai serangan Invader. Mereka terselamat kerana Little Princess menggunakan kuasanya untuk 'memperlahankan' Dark Magician yang memberi ruang dan waktu untuk Cammie menggunakan magik terbangnya. Dalam serangan itu, Guardian Knight, Captain Eva, Bob, Linda, Little Princess dan Cammie terselamat. Namun Cammie serta Captain Eva didapati telah hilang semasa mereka diserang oleh "Dark Magician" ketika melarikan diri di udara. Guardian Knight dan Little Princess pula terjatuh di persisir Kanterbury berdekatan kawasan hutan. Selepas bangkit dari pengsan, Guardian Knight mendapati Little Princess dikejar oleh sekumpulan Goblin yang ingin menculiknya. Pengembaraan bermula dalam usaha mereka untuk melarikan diri sambil mencari jalan untuk membebaskan Kanterbury dari cengkaman Invader.